Translate

Tuesday, 13 November 2012


Sejarah Perkembangan Pendidikan Prasekolah Kebangsaan
1970an – KEMAS dan JPNIN memulakan kelas prasekolah awam
1986 – Buku Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM
1992 – KPM memulakan Prasekolah
1993 – Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM
2003 – Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK)
2008/9 – KPK disemak semula
                Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) disemak semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan, mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
Perubahan yang berlaku…
Sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan kepada:
*      Pembangunan modal insan
*      Penghasilan pelajar celik minda
*      Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
*      Program membangunkan akal  manusia dalam melahirkan insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif
 
Perubahan yang dilakukan ….
  1. Kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan
  2. Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti dan keusahawanan.
  3. Memastikan murid mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai bahasa, beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan, semangat patriotik, pegangan teguh kepada ajaran agama
  4. Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat early start dalam pendidikan melalui program prasekolah
  5. Menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna dan menyeronokkan
  6. Memastikan kesinambungan antara prasekolah dengan Tahun 1.
  7. Menambahbaik Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada.
    Tahap & jangkamasa persekolahan
     
 



Salam Perkenalan...
Dalam kesibukan kerja harian baru hari saya dapat meluangkan masa untuk mereka blog..walau pun masih merangkak-rangkak untuk mencipta blog namun saya tetap akan berusaha untuk membuat yang terbaik..Diharap rakan-rakan dapat membantu saya untuk memperbaiki blog saya ini..